Peringkat awal SK Guar Perahu menggunakan bangunan kelas di bangunan C untuk dijadikan musolla untuk murid-murid melaksanakan Solat Zohor berjemaah.
Alhamdulillah pada tahun 1997 usaha murni itu telah terlaksana di bawah pentadbiran Allahyarham Tn Hj Mustaffa Bin Abdullah selaku Guru Besar pada ketika itu.
Usaha menaiktaraf Surau SK Guar Perahu bermula pada tahun 2015 apabila dicalonkan memasuki Pertandingan Surau Imarah oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Kini usaha menaiktaraf Surau Al-Falah diteruskan lagi di bawah bimbingan dan kepimpinan Tn Guru Besar iaitu En Mazlan Bin Ahmad Sabari.
Terima kasih kepada individu, waris dan warga SKGP yang memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha menaiktaraf Surau Al-Falah SK Guar Perahu.
No comments:
Post a Comment