Sunday 12 February 2012

PIAGAM SEKOLAH


PIAGAM SEKOLAH
Warga Kerja Sekolah Kebangsaan Guar Perahu sentiasa berusaha supaya :
Setiap murid mendapat pendidikan yang sempurna dan prestasi pembelajaran meningkat 5 % - 10 % dari segi kuantiti dan 5 % dari segi kualiti setiap tahun.
Mewujudkan suasana yang harmoni agar persekolahan berada pada tahap yang kondusif dan setiap warga pendidik dapat bertugas dengan sempurna dan jayanya.
Menerapkan nilai-nilai murni secara berkesan supaya proses pembinaan akhlak, sahsiah, bakat dan sifat kepimpinan murid-murid bagi menghadapi segala cabaran merealisasikan falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.
Melayani setiap pelanggan yang datang ke sekolah dengan mesra dan berkesan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan dan sebarang aduan, permohonan atau isu diselesaikan dengan segera dan berkesan.

No comments:

Post a Comment