Thursday 16 February 2012

Sk Guar Perahu telah ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Allahyarham Tuan Haji Bin Muhamad .Dengan usaha beliau, seorang guru yang tahu membaca Melayu(Jawi) telah dilantik menjadi sebagai guru.Beliau adalah Allahyarham En Saleh bin Hj.Tahir.Muridnya seramai 7 orang sahaja.

Pada tahun 1912 Kerajaan Negeri Selat telah mendirikan sebuah sekolah baru ditempat yang sama dan Sk Guar Perahu ini hanyalah berdindingkan papan dan beratapkan nipah juga.Setelah bertahun tahun berlalu, kini Sk Guar Perahu telah ditadbir oleh Puan Nazirah Binti Yeop sebagai guru besar yang baru menggantikan Tuan Haji Hashim Bin Abdullah mulai 2011.Kini Sk Guar Perahu mempunyai guru penolong seramai 56 orang dan murid seramai 792 orang.



Renungan Pagi Hari



Mukmin sebenar sentiasa takut kebesaran Tuhan

FIRMAN Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat Allah kepadanya, maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya." (Surah Al-Anfal, ayat 2)

Ayat ini sudah terang lagi bersuluh buat renungan kita bersama, betapa besarnya kegerunan yang ada dalam diri orang beriman apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka. Mukmin sebenar apabila disebut nama Allah gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah. Bertambah keimanan mereka apabila membaca ayat al-Quran dan mereka juga sentiasa bertawakal kepada Allah dengan segala daya upaya. Kemanisan melakukan ibadah seperti solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah SWT. 

Dosa kecil dilakukan bagi mereka seperti gunung besar menunggu masa dan tikanya untuk menghempap. Manakala bagi orang yang tidak beriman, mereka tiada gentar dan takut dengan azab Allah serta beranggapan dosa dilakukan seperti berlalunya seekor lalat menghinggapi pipi.

Begitu enteng sekali persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dosa dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka Allah SWT. Berlainan pula dengan sikap orang beriman, mereka terlalu takut berbuat dosa kepada Allah walaupun kecil.

Firman Allah bermaksud: “Mereka (para penjual jiwa raga dan harta) adalah orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, rukuk dan sujud, menyuruh melakukan makruf dan melarang melakukan kemungkaran dan memelihara hukum Allah, dan sampaikan berita gembira kepada orang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 112)

Allah SWT memuji hamba-Nya yang rela menjual jiwa dan raganya serta hartanya kepada Allah SWT dengan balasan syurga. Orang yang melakukan jualan dan mengadakan urus niaga ini ialah golongan manusia terpilih yang mempunyai sifat istimewa. 
Antaranya, sifat berkaitan diri sendiri dalam hubungan secara langsung dengan Allah SWT. Mereka ini disifatkan orang bertaubat dari dosanya, beribadat kepada tuhannya dalam kata-kata dan perbuatan. Allah SWT memberikan khabar gembira bagi orang mukmin kerana iman itu menjangkau semua sifat baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka mereka orang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang yang berhak mewarisi - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Kesempurnaan iman seseorang itu akan mewariskan dia syurga Allah SWT yang tertinggi. Mendapat kedudukan mulia bukan saja di dunia tetapi di akhirat. Kehidupannya dimuliakan bukan saja makhluk dunia, malah dihormati di kalangan makhluk di langit. Bahkan kematiannya diratapi makhluk dunia serta ditunggu- tunggu makhluk langit lantaran keimanannya itu membuatkan makhluk langit tidak sabar-sabar mahu melihat roh mulianya.

Tazkirah (portal rasmi Masjid Negara)